Thursday, October 7, 2010

Mukadimah



         Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan lokasi peructian yang menarik.Oleh itu,tidak hairan lah sekiranya didapati terdapat ramai pelancong baik dari dalam negara mahupun luar negara yang datang ke sini untuk beristirehat.Antara kawasan yang sesuai untuk dikunjungi adalah di kawasan utara Malaysia iaitu negeri Pulau Pinang,Kedah dan Perlis.





Kawasan Percutian di Perlis


Negeri Perlis Indera Kayangan merupakan negeri yang terkecil di Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia). Ia terletak di utara Semenanjung Malysia dan bersempadan dengan Thailand di utaranya 
Pada tahun 2000, jumlah penduduknya dianggarkan seramai 198,335 orang. Pembahagian etnik: Melayu (166,200 atau 78%), Cina (24,000 atau 17%), India (3,700), lain-lain (5,400), bumiputera lain (600).

Arau merupakan sebuah Bandar DiRaja dan juga mukim di negeri Perlis. Arau terletak kira-kira 14 km dari tenggara KangarIstana Arau yang berbumbung merah terletak berdekatan dengan Masjid Negeri Perlis.
Arau juga adalah tempat dimananya Mohamad Afeez Bin Abdul Aziz tinggal. Beliau adalah seorang yang amat bijak sekali.

Padang Besar merupakan sebuah bandar sempadan yang terletak di PerlisMalaysia. Ia terletak di sempadan Wilayah SongkhlaThailand, 35 kilometer menghala ke timur laut Kangar. Padang Besar bertentangan dengan sebuah bandar di Thailand juga dikenali sebagai Padang Besar, yang mana bagi penduduk tempatan ia sering merujuk kepada bandar ini sebagai "Pekan Siam".

Bandar ini menjadi destinasi popular bagi rakyat Malaysia kerana terdapat pasar terbuka yang bebas beroperasi antara dua negara.

Wednesday, October 6, 2010

Kawasan Percutian di Kedah

Kedah juga menjanjikan tempat-tempat yang menarik untuk dilawati. Tidak rugi jika anda memilih negeri Kedah satu destinasi percutian antau destinasi perlancongan anda jika berpeluang ke sana. Ini kerana Kedah mempunyai banyak tempat pelancongan yang menarik lagi bersejarah. Ibu kota Kedah, Alor Star misalnya : telah melahirkan ramai pemimpin negara seperti Perdana Menteri Malaysia pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra dan Perdana Menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad. Antara tempat menarik yang lain seperti :


BALAI BESAR yang dibina pada tahun 1735 oleh Sultan Muhammmad Jiwa Muadzam Shah. Dinding, atap dan lantainya diperbuat daripada kayu. Balai Nobat pula dibina setinggi lapan meter dan lima meter lebar. Ia menyimpan pelbagai khazanah peraltan muzik diraja, antaranya serunai, nafiri, gendang dan gong. Galeri Seni Lukis pula menghimpunkan pelbagai hasil seni termasuk seni lukis, fotografi, pertukangan tangan dan peralatan muzik.


MUZIUM DIRAJA KEDAH pula merupakan Bangunan yang diperbuat daripada kayu dan dibina oleh Sultan Muhammad Jiwa Muadzam Shah pada 1735. Tuknku Abdul Rahman melahirkan dan dibesarkan di bangunan bekas istana.


Bagi yang beragama, anda boleh melawati dan bersolat di Masjid Zahir yang dibina pada tahun 1912 sebagai penghargaan kepada Tunku Mahmud Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah. Menara Alor Star salah satu tempat yang juga menjadi tarikan pelancong. Ia terletak di tengah bandaraya Alor Star dengan ketinggian 165.5 meter. Ia adalah lambang kemodenan dan kepesatan pembangunan di Kedah. Ia berfungsi sebagai menara telekomunikasi.


Setelah penat berjalan, anda boleh pergi ke Pekan Rabu untuk menjamu selera dan membeli pelbagai cenderahati untuk di bawa pulang. Anda boleh mendapatkan pelbagai barangan termasuk pakaian, kraftangan dan makanan tradisional. Pekan Rabu terletak berdekatan bangunan jabatan kerajaan. Walaupun namanya Pekan Rabu, perniagaannya dibuka setiap hari berikutan sambutan orang ramai.


Banyak lagi sebenarnya tempat menarik yang terletak di negeri Kedah ini. Antar yang boleh saya sebutkan ialah seperti : Terusan Wan Mat Saman yang menghubungkan Sungai Kedah di Alor Star dengan kaki Gunung Jerai di Gurun, Sungai Petani, di selatan Kedah Banyak sejarahnya disebalik terusan ini. Selain itu, anda boleh mandi manda di AIr Panas Ulu Legong, Baling : Lata Bukit Hijau, Lata Bayu, Rekreasi Arus Deras Sungai Sedim, Kulim, Air Terjun Perangin di Sik, Air Terjun Junjung, Kulim: Lata Mengkuang, Sik: Air Terjun Lembah Bujang, Merbok: Rekreasi Tupah, Merbok dan tidak ketinggalan juga menikmati keindahan alam semulajadi di Gunang Jerai.


GUNUNG JERAI menjanjikan lokasi percutian menarik dengan keindahan bunga, deruan air terjun dan persekitaran nyaman. Jika anda ingin menikmati kelainan termasuk melihat bunga mangkuk beruk dan bunga kembang tiga bulan serta menghirup udara segar, bertandang bersama kelurga ke puncak Gunung Jerai, destinasi peranginan terkenal di Kedah.



Kawasan Percutian di Pulau Pinang .

Pulau Pinang ialah sebuah negeri yang terletak di pantai barat laut Semanjung Malaysia. Negeri in terbahagi kepada dua bahagian oleh Selat Melaka. Negeri ini merupakan petempatan British yang pertama di Semenanjung Malaysia. Nama pulau ini diambil daripada nama pokok pinang (areca catechu). Disini, saya ingin menceritakan sedikit sebanyak mengenai kawasan percutian di Pulau Pinang . Antaranya ialah :




BATU FERRINGHI .
Foreigner's Rock adalah sebuah kawasan peranginan yang terkenal dengan hotel besar, kedai pelancongan, tempat peranginan, restoran dan pejabat penyewaan kereta dan motosikal. ia terletak tidak jauh dari pusat bandar Georgetown .
Batu Feringgi terletak di sepanjang jalan persisiran barat laut bandar Georgetown dan dipenuhi dengan resort bertaraf antarabangsa, merupakan pantai paling popular di Pulau Pinang.
Pantai Batu Feringgi juga telah dilanda ombak besar tsunami sewaktu berlakunya tragedi Gempa bumi pada 26 Disember 2004.


BUKIT BENDERA .
Bukit Bendera merupakan sebuah kawasan Parlimen di negeri Pulau Pinang, negara Malaysia. Negeri Pulau Pinang terletak diantara negeri Kedah dengan negeri Perak di utara Semanjung Malaysia.
Berada pada ketinggian lapan ratus tiga puluh meter di atas Georgetown, puncak Bukit Bendera (Penang Hill) mempunyai suhu dingin dan panorama yang mengasyikkan.
Secara umumnya, ia lima darjah Celsius lebih dingin daripada paras laut. Dari kemuncak, para pelancong boleh ada penglihatan yang menakjubkan ke bawah seluruh pulau bahkan juga ke tanah utama di seberang laut. Ia terdapat taman yang menyenangkan, pondok berfesyen tua, restoran dan penginapan, sebuah kuil Hindu, seta Masjid Muslim di puncaknya.
Bukit Pulau Pinang sebenarnya digelar Bukit Strawberi (Strawberi Hill) kerana is jugs merupakan pengeluar strawberi. Bentuk muka buminya dan suhu yang dingin amat sesuai bagu penanaman strawberi.
Rintisan yang mencapai kemuncaknya mudah melalui Taman Botanikal Air Terjun dengan jalan kaki. Nama rasmi bukit ini adalah Bukit Bendera Pulau Pinang (Flag Hill), namun ia tetap secara umumnya dipanggil Bukit Pulau Pinang.


HUTAN LIPUR CHEROK TO'KUN .
Hutan Lipur Cjerok To'kun mempunyai pokok dan tumbuhan hutan asal seperti Meranti rambai Daun. Di antara daya tarikan hutan lipur ini termasuklah sungai-sungai, air terjun, kolam-kolam mandi, kawasan perkelahan, taman permainan kanak-kanak, pelantar pemandangan, flora hutan seperti paku-pakis, pokok bunga-bungaan hutan, epifit serta rama-rama, burung-burung dan serangga 'exotic'. Hutan Lipur Bukit Mertajam terletak kira-kira 6 kilometer di pinggir bandar Bukit Mertajam (Cherok To'kun) iaitu melalui jalan ke Kulim.


KUIL ULAR
Kuil Ular terletak di Sungai Kluang, Bayan Lepas, Pulau Pinang, Malaysia dan kemungkinannya satu-satunya kuil sebegini di dunia. Kuil ini dipenuhi asap colok dan pelbagai ular tedung. Ular-ular ini dipercayai dijadikan tidak merbahaya oleh asap suci, tetapi sebagai langkah keselamatan, ular-ular ini turut dibuang kelenjar bisa tetapi masih mengekalkan taring mereka. Pelawat dinasihatkan agar tidak mengambil ular dan meletakkannya ke atas badan mereka untuk bergambar. Pemuja tempatan percaya bahawa ular yang terdapat di sana datang ke kuil itu secara sendirinya.
Kuil ini dibina sekitar 1850 bagi memperingati Chor Soo Kong, seorang sami Buddha yang berpindah ke Pulau Pinang. Chor Soo Kong dilahirkan dengan nama keluarga Tan di China semasa zaman Dinasti Sung (960-1279). Dia amat serius mengenai pencapaian kerohanian dan ditahbiakan pada usia muda. Lagenda menyatakan bahawa Chor Soo Kong, yang juga merupakan pengubat, memberi perlindungan kepada ular di hutan. Apabila dia mati pada usia 65 tahun selepas sepanjang hayat terbakti, dia diberikan gelaran terhormat Chor Soo bererti tokoh sejarah yang dihormati secara berterusan oleh generasi berikutnya. Selepas kuil ini disiapkan, ular muncul dengan sendirinya. Kuil Ular pada asalnya diberi nama "Kuil Awan Putih-Temple of the Azure Cloud" sebagai penghormatan kepada keindahan langit Pulau Pinang.


Oleh itu, marilah datang bercuti di Pulau Pinang . . .