Wednesday, October 6, 2010

Kawasan Percutian di Pulau Pinang .

Pulau Pinang ialah sebuah negeri yang terletak di pantai barat laut Semanjung Malaysia. Negeri in terbahagi kepada dua bahagian oleh Selat Melaka. Negeri ini merupakan petempatan British yang pertama di Semenanjung Malaysia. Nama pulau ini diambil daripada nama pokok pinang (areca catechu). Disini, saya ingin menceritakan sedikit sebanyak mengenai kawasan percutian di Pulau Pinang . Antaranya ialah :




BATU FERRINGHI .
Foreigner's Rock adalah sebuah kawasan peranginan yang terkenal dengan hotel besar, kedai pelancongan, tempat peranginan, restoran dan pejabat penyewaan kereta dan motosikal. ia terletak tidak jauh dari pusat bandar Georgetown .
Batu Feringgi terletak di sepanjang jalan persisiran barat laut bandar Georgetown dan dipenuhi dengan resort bertaraf antarabangsa, merupakan pantai paling popular di Pulau Pinang.
Pantai Batu Feringgi juga telah dilanda ombak besar tsunami sewaktu berlakunya tragedi Gempa bumi pada 26 Disember 2004.


BUKIT BENDERA .
Bukit Bendera merupakan sebuah kawasan Parlimen di negeri Pulau Pinang, negara Malaysia. Negeri Pulau Pinang terletak diantara negeri Kedah dengan negeri Perak di utara Semanjung Malaysia.
Berada pada ketinggian lapan ratus tiga puluh meter di atas Georgetown, puncak Bukit Bendera (Penang Hill) mempunyai suhu dingin dan panorama yang mengasyikkan.
Secara umumnya, ia lima darjah Celsius lebih dingin daripada paras laut. Dari kemuncak, para pelancong boleh ada penglihatan yang menakjubkan ke bawah seluruh pulau bahkan juga ke tanah utama di seberang laut. Ia terdapat taman yang menyenangkan, pondok berfesyen tua, restoran dan penginapan, sebuah kuil Hindu, seta Masjid Muslim di puncaknya.
Bukit Pulau Pinang sebenarnya digelar Bukit Strawberi (Strawberi Hill) kerana is jugs merupakan pengeluar strawberi. Bentuk muka buminya dan suhu yang dingin amat sesuai bagu penanaman strawberi.
Rintisan yang mencapai kemuncaknya mudah melalui Taman Botanikal Air Terjun dengan jalan kaki. Nama rasmi bukit ini adalah Bukit Bendera Pulau Pinang (Flag Hill), namun ia tetap secara umumnya dipanggil Bukit Pulau Pinang.


HUTAN LIPUR CHEROK TO'KUN .
Hutan Lipur Cjerok To'kun mempunyai pokok dan tumbuhan hutan asal seperti Meranti rambai Daun. Di antara daya tarikan hutan lipur ini termasuklah sungai-sungai, air terjun, kolam-kolam mandi, kawasan perkelahan, taman permainan kanak-kanak, pelantar pemandangan, flora hutan seperti paku-pakis, pokok bunga-bungaan hutan, epifit serta rama-rama, burung-burung dan serangga 'exotic'. Hutan Lipur Bukit Mertajam terletak kira-kira 6 kilometer di pinggir bandar Bukit Mertajam (Cherok To'kun) iaitu melalui jalan ke Kulim.


KUIL ULAR
Kuil Ular terletak di Sungai Kluang, Bayan Lepas, Pulau Pinang, Malaysia dan kemungkinannya satu-satunya kuil sebegini di dunia. Kuil ini dipenuhi asap colok dan pelbagai ular tedung. Ular-ular ini dipercayai dijadikan tidak merbahaya oleh asap suci, tetapi sebagai langkah keselamatan, ular-ular ini turut dibuang kelenjar bisa tetapi masih mengekalkan taring mereka. Pelawat dinasihatkan agar tidak mengambil ular dan meletakkannya ke atas badan mereka untuk bergambar. Pemuja tempatan percaya bahawa ular yang terdapat di sana datang ke kuil itu secara sendirinya.
Kuil ini dibina sekitar 1850 bagi memperingati Chor Soo Kong, seorang sami Buddha yang berpindah ke Pulau Pinang. Chor Soo Kong dilahirkan dengan nama keluarga Tan di China semasa zaman Dinasti Sung (960-1279). Dia amat serius mengenai pencapaian kerohanian dan ditahbiakan pada usia muda. Lagenda menyatakan bahawa Chor Soo Kong, yang juga merupakan pengubat, memberi perlindungan kepada ular di hutan. Apabila dia mati pada usia 65 tahun selepas sepanjang hayat terbakti, dia diberikan gelaran terhormat Chor Soo bererti tokoh sejarah yang dihormati secara berterusan oleh generasi berikutnya. Selepas kuil ini disiapkan, ular muncul dengan sendirinya. Kuil Ular pada asalnya diberi nama "Kuil Awan Putih-Temple of the Azure Cloud" sebagai penghormatan kepada keindahan langit Pulau Pinang.


Oleh itu, marilah datang bercuti di Pulau Pinang . . .

2 comments:

  1. Banyaknya tempat menarik!!
    Post yang sangat menarik
    Jom cuti2 Malaysia :)

    http://www.homestaykulim.net
    Homestay Kulim Murah dan Selesa
    Homestay Kulim – Polistay terletak di Taman Kulim Utama, berhampiran Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Homestay Murah, Mudah dan Selesa

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete