Thursday, October 7, 2010

Kawasan Percutian di Perlis


Negeri Perlis Indera Kayangan merupakan negeri yang terkecil di Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia). Ia terletak di utara Semenanjung Malysia dan bersempadan dengan Thailand di utaranya 
Pada tahun 2000, jumlah penduduknya dianggarkan seramai 198,335 orang. Pembahagian etnik: Melayu (166,200 atau 78%), Cina (24,000 atau 17%), India (3,700), lain-lain (5,400), bumiputera lain (600).

Arau merupakan sebuah Bandar DiRaja dan juga mukim di negeri Perlis. Arau terletak kira-kira 14 km dari tenggara KangarIstana Arau yang berbumbung merah terletak berdekatan dengan Masjid Negeri Perlis.
Arau juga adalah tempat dimananya Mohamad Afeez Bin Abdul Aziz tinggal. Beliau adalah seorang yang amat bijak sekali.

Padang Besar merupakan sebuah bandar sempadan yang terletak di PerlisMalaysia. Ia terletak di sempadan Wilayah SongkhlaThailand, 35 kilometer menghala ke timur laut Kangar. Padang Besar bertentangan dengan sebuah bandar di Thailand juga dikenali sebagai Padang Besar, yang mana bagi penduduk tempatan ia sering merujuk kepada bandar ini sebagai "Pekan Siam".

Bandar ini menjadi destinasi popular bagi rakyat Malaysia kerana terdapat pasar terbuka yang bebas beroperasi antara dua negara.

No comments:

Post a Comment